Apa itu IVF Malaysia Dan Bagaimana Kaedah Ini Dapat Membantu?

Bagi para pembaca mesti anda tertanya-tanya apa itu IVF? IVF atau persenyawaan in vitro adalah satu siri kompleks prosedur yang digunakan untuk membantu kesuburan atau mencegah masalah genetik.

Mungkin ramai juga tertanya-tanya bagaimanakankah rawatan IVF dijalankan? Semasa IVF, telur matang dikumpulkan (diambil) daripada ovari dan disenyawakan oleh sperma dalam makmal. Kemudian telur yang disenyawakan (embrio) dipindahkan ke rahim. Prosedur ini boleh dilakukan menggunakan telur anda sendiri dan sperma pasangan anda. Atau IVF mungkin melibatkan telur, sperma atau embrio dari penderma yang dikenali atau tanpa nama.

proses ivf

Berapakah Harga bagi Rawatan IVF?

Harga IVF di Malaysia adalah sekitar RM15,000 hingga RM20,000 satu kitaran iaitu antara 4 minggu hingga 6 minggu dan harga bergantung kepada peralatan dan rawatan di hospital masing-masing. Berbeza pula dengan kos di hospital kerajaan, kos di hospital kerajaan adalah rendah berbanding di perkhidmatan swasta kerana pihak kerajaan telah memberi subsidi ubat ubatan. Kos di hospital kerajaan adalah sekitar RM 5,000 anggaran minimal.

Walaubagaimanapun pesakit terpaksa menunggu giliran kerana kes rujukan yang banyak. Sebagai contoh, purata waktu menunggu di Hospital Sultanah Bahiyah adalah setahun.

Sungguhpun rawatan IVF di hospital kerajaan adalah terhad, namun pemeriksaan kesuburan dan rawatan permanian beradas (IUI) disediakan di hampir setiap hospital besar negeri masing-masing. Kunjungi laman web Klinik Kesuburan IVFku untuk maklumat lebih lanjut.

apa itu ivf

Apakah kriteria- kriteria pesakit yang sesuai menjalankan rawatan IVF?

Rawatan ini lebih sesuai dilakukan oleh golongan wanita yang dijangka akan mempunyai jumlah bilangan telur yang memuaskan bagi penghasilan telur yang berkualiti. Sebelum menjalani rawatan IVF pesakit akan diperiksa terlebih dahulu untuk memastikan dia memenuhi kriteria-kriteria tertentu untuk meningkatkan proses IVF berjaya.

  • Umur kurang daripada 32 tahun
  • Berat badan tidak berlebihan
  • Mempunyai bilangan Antara Folikel yang memuaskan

Berapakah Kebarangkalian Untuk Mendapat Pasangan Kembar?

Untuk tips IVF yang berkesan, doktor kebiasaannya memasukkan dua embrio ke dalam rahim melalui IVF untuk meningkatkan peluang kehamilan dengan sekurang-kurangnya seorang bayi. Dengan kata lain, terdapat juga beberapa kes dimana kedua-dua embrio menghasilkan kembar. Walaubagaimanapun, risiko dengan kehamilan kembar lebih tinggi berbanding kehamilan tunggal. Pada masa kini, negara-negara Barat yang menjalani rawatan IVF dengan embrio tunggal untuk mengurangkan kehamilan kembar. Dengan kata lain, ini boleh menjejaskan kadar kejayaan rawatan kesuburan.

Di manakah rawatan IVF boleh didapati di Malaysia?

Menurut doktor pakar di Malaysia, setakat tahun 2015 terdapat lebih kurang 35 premis yang mengendalikan perkhidmatan IVF. Dari jumlah ini, 31 berada di sektor swasta dan bakinya adalah hospital kerajaan. Antara hospital swasta yang terkenal adalah Metro Fertility, KL Fertility Centre, Sun Fert, dan Tropicana Medical Centre.

4 buah hospital yg menawarkan perkhidmatan IVF di sektor kerajaan adalah Hospital Kuala Lumpur, Hospital Likas, Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu dan Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.

Selain itu, rawatan IVF di Malaysia boleh didapati di klinik rawatan kesuburan LPPKN dan hospital universiti seperti PPUM, HUSM atau HUKM.

rawatan ivf di malaysia

Berapakah jumlah pesakit yang berjaya hamil setelah menggunakan rawatan IVF?

Sejumlah 189 daripada 976 wanita berjaya hamil selepas menerima rawatan dari hospital kerajaan tahun lepas. Terdapat 339 orang mendapat rawatan daripada Hospital Kuala Lumpur, 262 daripada Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah, 224 daripada Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Likas, dan 151 daripada Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu.

Berdasarkan pemerhatian doktor yang pengalaman IVF, beliau memberi pendapat bahawa wanita yang ingin meningkatkan hasil keberkesanan rawatan kesuburan, mereka digalakkan untuk mengambil asid folik seperti Vitamin B9 setiap hari.

Ini merupakan satu nutrisi yang penting untuk pertumbuhan bayi, dan pengambilan asid folik dapat membantu pencegahan bayi daripada mengalami kecacatan utama, seperti kecacatan tiub saraf atau bibir sumbing.

Seterusnya, anda juga digalakkan untuk berunding dengan doktor untuk mendapat nasihat profesional sebelum mengambil apa-apa suplemen. Bagaimanapun, perancangan untuk IVF akan berbeza-beza bergantung kepada individu sendiri.